Log masuk disatukan Wikipedia:Projek saudara Wikimedia

Log masuk disatukan ialah satu mekanisme yang membolehkan pengguna masuk log sekali sahaja di kebanyakan projek saudara Wikimedia Foundation. Ini memudahkan pengguna menggunakan identiti tunggal di seluruh projek Wikimedia dengan mendaftar sekali sahaja. Kelebihan lain termasuklah mengelakkan penyamaran identiti dan status log masuk automatik bila melawat projek saudara. Pengguna boleh mencipta log masuk bersatu dengan pergi ke Khas:MergeAccount di projek di mana mereka telah memiliki akaun, dan mengikuti arahan yang diberikan.